SELAMAT DATANG KE BULETIN SAMT SSAAS BT38 ****************** AHLAN WASAHLAN********************


Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sehati, Sejiwa.

TAWARAN KEMASUKAN ASRAMA 2018
Bagi pelajar yang ditawarkan dengan rayuan, hendaklah hadir ke sekolah pada ketetapan berikut
Tarikh: xx.12.2017
Hari: Akan dimaklumkan kemudian
Masa: 9.00 pagi
Pelajar hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga sendiri dan tidak boleh diwakilkan.
Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian
a. Baju Rasmi Asrama (Batik)
b. Berbaju Sekolah Lengkap
TAHNIAH !!! kepada pelajar-pelajar Tg.2, 3 dan Tg.5 Tahun 2018 yang telah berjaya. InsyaAllah.


KLIK LINK DIBAWAH untuk menyemak keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN

----------------------------------------------------------------------------------------------- Sekian dimaklumkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------- MAKLUMAN : Daripada Unit Media PIBG SAMTBT38 :-
CHANNEL™ RASMI PIBG SAMTBT38 2016/2017
SELAMAT DATANG Ke TELEGRAM Saluran ibu bapa dan guru mengetahui maklumat program dan pencapaian terkini SAMT SSAAS BT38 melalui 'SmartPhone' anda.

Anda bleh download melalui PlayStore @ download Telegram Desktop melalui alamat : https://desktop.telegram.org
Klik untuk Join Disini

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Komentar, saranan atau pertanyaan dapat diajukan melalui kotak komen blog atau email Editor En. Amry Hj. Ahmad ke: cg.amry@moe.edu.my
No.Tel. SEK : 03-32161270

Tuesday 3 March 2015

SENARAI PEKELILING


SENARAI PEKELILING 
DAN PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH 

  1. ARAHAN AM
    1. 1.1  Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki baca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
    2. 1.2  Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan berupaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan arahan Perkhidmatan lain.
    3. 1.3  Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
    4. 1.4  Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
    5. 1.5  Guru hendaklah mengamalkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
    6. 1.6  Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
    7. 1.7  Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
    8. 1.8  Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

  2. KEDATANGAN
    1. 2.1  Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
    2. 2.2  Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menuliskan nama di dalam buku kedatangan semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. Catatan masa mengikut masa semasa mencatat.
    3. 2.3  Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah sebelum 7.40 pagi.
    4. 2.4  Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

  3. KELUAR WAKTU MENGAJAR

    3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan.
  1. 3.2  Guru dikehendaki mengisi buku kebenaran keluar dan dicatat dalam buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan sebelum keluar.
  2. 3.3  Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan / Guru Kanan Matapelajaran.
4. CUTI
  1. 4.1  Cuti Penggal
    Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJA/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

  2. 4.2  Cuti Sakit
    1. 4.2.1  Sijil sakit yang dikeluarkan oleh Doktor Swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
    2. 4.2.2  Cuti sakit yang dikelurkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.
    3. 4.2.3  Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk direkodkan.

  3. 4.3  Cuti Tanpa Gaji
    1. 4.3.1  Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab- sebab persendirian yang mustahak.
    2. 4.3.2  Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
    3. 4.3.3  Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
    4. 4.3.4  Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
    5. 4.3.5  Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

  4. 4.4  Cuti Rehat Khas
                     4.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

                    4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan, upacara  agama   dan lain mengikut pekeliling bagi tempoh 7 hari dalam setahun.

                    4.4.2 Semua guru yang hendak bercuti keluar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan.
                             Borang Permohonan hendaklah disisi dan sampai ke pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti.
  1. 4.5  CUTI BERSALIN
  2. 4.5.1  Seseorang pegawai / guru wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan Cuti Bersalin sebanyak lima ( 5 ) kali sepanjang tempoh perkhidmatanya iaitu dalam lantikan tetap sahaja. Bagi guru GSTT dan GST tidak layak mendapatkannya.

  3. 4.5.2  Bagi setiap Cuti Bersalin, pegawai / guru wanita layak diberi cuti selama 60 hari yang dikira mulai tarikh pegawai / guru wanita bersalin. 

  4. 4.6  CUTI ISTERI BERSALIN
  5. 4.6.1 Cuti isteri bersalin layak diberikan kepada anggota lelaki secara automatik selama tujuh ( 7 ) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod untuk membantu isteri bersalin. Kemudahan ini dipanjangkan juga kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang diarahkan bertugas semasa cuti penggal persekolahan dan ianya dihadkan kepada lima ( 5 ) kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

4.7 PENAMBAIKAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
  1. 4.7.1  Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan BIlangan 5 Tahun 2009 pegawai perkhidmatan Awam boleh menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkaan bersalin.
  2. 4.7.2  Pegawai perlu mengemukan dokumen sokongan daripada hospital / klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
  3. 4.7.3  Tempoh cuti bersalin yang diambil lebih awal dari tarikh dijangka bersalin ini adalah termasuk di dalam jumlah 60 hari Cuti Bersalin yang telah diperuntukkan kepada Pegawai.
  1. KUTIPAN DAN PENYERTAAN YURAN
    1. 5.1  Semua guru yang diberi kuasa mengutip yuran hendaklah berjaya mengutip tanpa gagal.
    2. 5.2  Resit bayaran hendaklah diberi kepada pembayar pada hari menerima bayaran.
    3. 5.3  Semua hasil kutipan hendaklah diserahkan kepda pegawai kewangan pada hari ia dikutip.
    4. 5.4  Guru akan menerima resit induk dari pegawai kewangan selepas menyerahkan hasil kutipan. Semua guru terikat dengan arahan Perbendaharaan berkaitan dengan kewangan.

  2. PAKAIAN
    6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan syariat islam, profesion keguruan dan masyarakat timur.
  1. 6.2  Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
  2. 6.3  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan rambut panjang yang sesuai.
  3. 6.4  Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
    6.4.1 Guru Perempuan seluar trek / panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja sukan, baju trek, dan kasut sukan atau getah tanpa tumit.
    6.4.2 Guru Lelaki seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi dan kasut sukan.
  1. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
    1. 7.1  Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru, sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka, juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
    2. 7.2  Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru atau pun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
    3. 7.3  Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

  2. PEJABAT GURU
    1. 8.1  Kebersihan dan keselamatan pejabat guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam pejabat guru.
    2. 8.2  Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di pejabat guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
    3. 8.3  Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
    4. 8.4  Guru yang berada di pejabat guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

  3. PERJAWATAN DAN PERGURUAN
    1. 9.1  Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
    2. 9.2  Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehla berurusan dengan Guru Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran atau Penolong Kanan.
  1. TUGAS
    1. 10.1  Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. Senarai tugas boleh dirujuk buku Panduan Tugas Staf Sekolah, PKPSM, Selangor.
    2. 10.2  Apabila diarahkan oleh Pengetua untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya ; menghadiri mesyuarat pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah segera mengambil tindakan. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain atas persetujuan sesama sendiri, sebaliknya mesti juga mendapat kebenaran Pengetua.

  2. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR (BPM)
    1. 11.1  Setiap guru akan diberi sebuah Buku Persediaan Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap, antaranya Rancangan Tahunan, Rancangan Harian, Sukatan Pelajaran, Soalan Ujian, Senarai Murid yang diajar, Markah Ujian. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / wakilnya di pejabat pada hari Jumaat (hari terakhir persekolahan setiap minggu) untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan / Wakilnya. (Akta Pendidikan 1996 : perkara 6-8)
    2. 11.2  Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.
    3. 11.3  Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pajabat pada hari terakhir tahun persekolahan.

  3. JADUAL WAKTU
    1. 12.1  Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam dan mesti disahkan oleh Pentadbir Sekolah.
    2. 12.2  Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.


  4. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
    ( Akta Pelajaran 1998, perkara 8(1)(2) dan (3) )

    1. 13.1  Setiap Guru Tingkatan akan diberi sebuah Buku Kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan, hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya.
    2. 13.2  Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah ditulis secara teratur (mengikut ABJAD), kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, guru pembantu atau Penyelaras Tingkatan bertanggunjawab menandanya.
    3. 13.3  Buku ini hendaklah dikemskini sebelum jam 9.00 Pagi dan sentiasa berada di pejabat.
    4. 13.4  Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu ibubapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
    5. 13.5  Analisis mestilah dibuat pada setiap akhir bulan. Ia akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.
    6. 13.6  Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
  1. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
    1. 14.1  Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
    2. 14.2  Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran hendaklah memastikan ada peraturan- peraturan mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan 
      lain-lain.

  2. KEBERSIHAN
    1. 15.1  Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh Guru Tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
    2. 15.2  Guru Kanan Matapelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas ( bengkel, bilik kaunseling, makmal, peperiksaan, penerbitan, data dan lain- lain ) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut hingga kelihatan bersih dan ceria.
    3. 15.3  Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

  3. SURAT-MENYURAT
16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui dan salinan kepada Pengetua untuk disampaikan kepada pihak luar yang berkenaan.
  1. TINDAKAN KE ATAS SURAT YANG DITERIMA
    1. 17.1  Ada surat yang diterima oleh sekolah perlu diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap kehendak surat-surat tersebut.
    2. 17.2  Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
    3. 17.3  Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah;
      1. 17.3.1  Mendapatkan fail yang berkenaan di pejabat melalui Ketua Pembantu Tadbir.
      2. 17.3.2  Mengambil tindakan yang diperlukan.
      3. 17.3.3  Memulangkan semua fail ke pejabat.

  2. BERURUSAN DI JABATAN PELAJARAN / PEJABAT PELAJARAN DAERAH
    18.1 Guru-guru tidak digalakkan berurusan di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi dalam masa persekolahan kecuali dengan kebenaran Pengetua.

19. PELAWAT
19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
  1. MEMBELI BARANG
    1. 20.1  Guru yang hendak membeli barang keperluan mata pelajaran seperti alat bantuan mengajar, mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diambil di pejabat. (Nota Minta / Pesanan Tempatan )
    2. 20.2  Borang itu mesti mendapat pengesahan dan persetujuan daripada Guru Kanan Bidang / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
    3. 20.3  Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
    4. 20.4  Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas akhirnya diserahkan ke pejabat Ketua Pembantu Tadbir (KPT).

  2. KEGIATAN KOKURIKULUM DAN TUGAS KHAS
21.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum dan tugas khas. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
  1. PERHIMPUNAN SEKOLAH
    1. 22.1  Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari- hari yang ditetapkan. ( Tandatangan Kedatangan ).
    2. 22.2  Guru Lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang atau pakaian lain seperti ‘bushjaket’ yang dibenarkan oleh Pekeliling Iktisas.
    3. 22.3  Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.
    4. 22.4  Semua guru hendaklah menghormati majlis seperti mendengar ucapan, tidak bersembang, membaca surat khabar dan sebagainya.
    5. 22.5  Semua guru digalakkan memakai ‘kot’

  2. MESYUARAT GURU
    1. 23.1  Dari masa ke semasa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ini adalah wajib.
    2. 23.2  Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan Matapalajaran / Ketua Panitia.

  3. BUKU STOK / INVENTORI
    24.1 Guru Kanan Matapelajaran atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan Buku Stok / Inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan.

25. TANDA NAMA
25.1 Semua guru hendaklah sentiasa memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah, mengikut pekeliling berkaitan.
  1. KEAHLIAN KELAB GURU / STAF DAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU ( PIBG )
    1. 26.1  Semua guru secara automatic menjadi ahli kelab guru / staf dan PIBG Sekolah.
    2. 26.2  Jumlah yuran berkaitan kelab hendaklah dibayar. Jumlahnya tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

  2. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
    1. 27.1  Penggunaan alat-alat hendaklah betul dan mengikut peraturan.
    2. 27.2  Mesti mendapat kebenaran daripada penjaga stor masing-masing.
    3. 27.3  Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik. Memulangkan kembali dengan segera dalam keadaan baik selepas digunakan.
    4. 27.4  Alat-alat yang rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

  3. ARAHAN DAN PEKELILING
    1. 28.1  Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani dalam senarai yang diedarkan selepas membacanya.
    2. 28.2  Sekiranya arahan dan pekeliling itu dari Kemneterian / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah, guru hendaklah mengembalikan semula ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

  4. TELEFON
29.1 Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
  1. KUNCI
    1. 30.1  Semua kunci bilik mestilah di pejabat.
    2. 30.2  Sekiranya ada guru yang hendaklah meminjam kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah mendapat Kebenaran dari Pengetua dengan merekod dalam buku khas yang disediakan. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik itu sepenunya sertta memulangkan semula kunci tersebut setelah selesai urusan.

  2. ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH
    30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis rasmi atau acara rasmi sekolah, seperti Majlis Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agong PIBG, majlis sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya. 




Video Tahunan 2017

Hadis 40